Selasa, 17 November 2015

Selamat Ulang Tahun Sayang !

Yang tulus ikhlas ingin sekali sekala dirinyaa dibalas,
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu,
Yang selalu memberi ingin sekali sekala jadi penerima,
Cukup dengan salam dan manis doa,


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Song : Imran Ajmain.



SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG !
SEMOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI
I LOVE U SO MUCH !
INGAT DEKAN LIST TAU
HIHIHI
EXCITED WISH AWAL SEBAB TAHUN LEPAS TAK SENGAJA.
LUPA BIRTHDAY AWAK KANNN ?
AND FOR THIS YEAR, I HOPE THAT I'M BECOME THE FIRST ONE WHO WISH YOUR BIRTHDAY !
HAHAHA BABAK LAAA ENGLISH BROKEN GILER.
ANYWAY, STAY STRONG AND STAY GEMOK OK
I TAK SABAR NAK MAIN LEMAK U >.<
HAHAHAHA 

LAST BUT NOT LEAST, THANK YOU SEBAB STILL STAY WITH ME UNTIL NOW.
I TAUUUU
I MEMANG THE MOST EGOIST GIRL RIGHT ?
SEEGO-EGO I PUN I AKAN HANYA TUNDUK PADA SEORANG LELAKI YANG BERGELAR SUAMI.
AND I HOPE U WILL BE MY HUSBAND.
INGAT, JAGA IMAN, JAGA MATA, JAGA HATI N JAGA MARUAH OK
LOVE U <3

WITH LOVE,
SITI MuNiRaH


p/s : hampa meluat kaa ? Maaf laaa ni ikhlas tulus dari hati cheq tauu. cheq memang sayang gila kat mamat ni. ok chowww !

Sabtu, 14 November 2015

PakCik AlerGik ?

Hai Assalamualaikum comel-comel n hensem-hensem belaka? Sihat? Mesti laa sihat kannn? Rajin telan ubat. hihihi . Ok hari ni aku nak citer pasal PakCik Alergik ! Kenapa aku panggil pakcik tu alergik, ada kisahnyaaaa. Citer nyee macam ni ........................

Dulu masa aku sem 2 (sekarang sem 3 n dah penghujung sem dah), aku posting kat wad Surgikal Male 4A. Then adalaaa sorang patient ni, nama dia aku memang tak tau. yelaaa first time masuk kann nak ingat nama patient banyak-banyak bukan senang tau. Pastu baru la aku tau nama dia. Tapi sekarang ni aku lupa laaa ..hihihi dah lama tak jumpa. I'm sorry. 
Ok sambung balik. Waktu tu kawan aku yang jaga pakcik tu. Aku jaga kubikel lain (jaga pakcik nyanyot. Susah wehh T.T, hari-hari cakap nak mati). Pastu staffnurse kasi laa ubat PCM kat kawan aku. So kawan aku bagi la kat dia. Then kawan aku pun dok buat keje dia. Pastu nak dijadikan citer pas pakcik tu makan PCM badan dia naik bintik-bintik merah, gatal. Kesian wehhh.. Nasib laaa dia tak sesak nafas. Kalau tak lagi teruk keadaan dia. Pastu siasat-siasat rupanya pakcik tu alergik PCM ..So terus la melekat nama PAkcik Alergik. Hihihi

Pakcik ni dok sorang-sorang tau. Anak bini dia tinggalkan dia. Terlantar la dia kat hospital sorang-sorang. Kesian. Dah laa dia tak boleh bangun. Tapi dia gigih nak kasi diri dia sembuh. Kuat semangat pakcik ni. Tiap kali rehat, mesti dia pesan kat kita orang semua belikan milo panas laaa, nasi laaa padahal kat hospital ada je makanan disediakan. Bilaa aku tanya kenapa pakcik tu cakap,

"Ni untuk makan malam. malam-malam pakcik lapar. Taknak susahkan misi tolong belikan malam-malam"

Ya Allah, kesiannyaaa. Kenapa laaa anak bini tinggalkan dia macam tu je. Time tu aku memang teringat ayah aku kat rumah. Balik keje terus aku call ayah aku. Menangis-nangis T.T. Pernah sekali aku bukak dompet dia (dia suruh okkk nak beli kuih) aku tengok dalam tu tinggal beberapa not jee. 5 hinggit ngn sehinggit je. Macam mana laaa dia nak beli makanan lgi kalau duit tinggal banyak tu je. Mungkin dia mintak tolong staffnurse kot tolong cucukkan kee.. Tak pun anak dia datang kasi duit. Kan?

Dann semalam, masa aku nak gi rehat, aku terserempak ngn pakcik tu. Nak balik dah wehh. Alhamdulillah dia semakin sembuh walaupun masih terlantar lagi di katil. Dia nak tegur aku sebenarnya. Tapi takut salah orang. Aku pulak tengok pakcik tu macam nak telan dia je. Hahahaha mana taknyeee aku tgh ingat kat mana aku jumpa pakcik tu. Tapi ok laaa nampak yang amek dia tu macam anak dia je. Alhamdulillah laaa kalau anak dia ada rasa tanggungjawab lagi

Pakcik, Saya doakan pakcik semoga cepat sembuh n boleh berjalan balik ok. Aamiin.

With Love,
Siti MuniRAh

p/s : Manusia pentingkan diri terlalu banyak. So apa yang perlu kita buat abaikan saja mereka. Buat hal kita sendiri. Asalkan kita bahagia. Ingat ! Sama-sama jatuh, sama-sama naik. Weeeee lagi setahun setengah ^_^

Selasa, 27 Oktober 2015

27 OKTOBER 2015



Assalamualaikum ,

Hai ! Apa kabar ? Sihat ? Saja jaa mengupdate blog. Kebosanan + Keserabutan menelaah buku. And beta pun tukar laa style typing sikit. Biasanya pakai Courier kan ? Tapi hari ni nak guna Verdana pulak. And i see not bad laa. Nice ^_^ ! 

Hari ni akak-akak senior kita konvo. Best. Tetiba dapat pencetus semangat untk belajar walaupun aku tahu PNGK aku ni biasa jeeeer. Tu lah masa sem 1 haritu main-main. Kan sekarang ni dah menyesal T_T. Ermmm tak guna pun nak menyesal benda dah jadi. Sekarang ni ikut je rentak yang telah diukir oleh diri sendiri sejak awal lagi menjejakkan kaki ke kolej ni. 

Hari ni dalam kelas rasa malas nak study. Mungkin sebab aku diramalkan mendapat pointer tertinggi kot dan seterusnya dinobatkan Pelatih Cemerlang. Sebab tu malas nak study. Hahahaha ok gurau. Bukan sebab tu laaa. Otak tepu sangat and sebab effect ubat batuk. Haishhh takpa satgi kita marathon study yerr.

Tadi sebelum balik dari kelas macam biasa kelas abis kul 5 dan kita orang ni memang kaki ngelat. Maklum laaaa disaster and batch paling nakal dan banyak masalah ( tapi tu tak bermakna kami ni teruk sangat) so kul 4.30 nak balik laaa keluar kelas semua . Tetiba kelas jadi macam tadika. Lawak kot. Aku rasa ketua batch komfem pening ngn perangai sorang-sorang

"Kak Fidaaaaaa, tengok Amyyy dia nak keluar kelas  awal "

Dan Kak Fida pun tercenggang. Hahaha 

"Kak Fidaaaa, tengok Maduuu dia bukak pintu kelas awal "

Dan bergema kelas ngn gelak ketawa sumbang kami. Hahahaha. Untuk kali pertama aku rasa seseolah aku berada dikalangan mereka. Biasanya aku dengan dunia aku. Tapi kali niii, susah untuk digambarkan. Rasa macam sayang sangat kat diorang semua walaupun terlalu banyak hati ni kecewa n terluka disebabkan mereka. Aku akan ingat tarikh ni. Setahun setengah lagi untuk bersama-sama dengan mereka. Kemuadian masing-masing akan membawa diri sendiri. I'm swear. I will miss this moment in future. 


Salam sayang,
Siti MuniRah

p/s: Belajarlah menghargai seseorang. Jangan menyesal apabila dia mula menjauh. Hati hanya ada satu. Bukan beribu :)



Sabtu, 24 Oktober 2015

Respect !

Hello Assalamualaikum .
Sudah lama jejari kering beta tidak menari di atas keyboard ni..Wahahaha Busyyyyy ..bayangkan laaaa ..Dah berapa bulan dah? Dekat 9 bulan kannn ?? Ni kalau pregnant dah beranak dah pun ..Baby girl ..Nama Siti Humairah ..Hahahaha berangan.. Sooo ada yang rindu kita tak ?? Rindu-rindukan diriku sepanjang hari-harimu ..


Okkk mengenai entry kali ni saya nak kongsi sikit la mengenai RESPECT. Apa yang sahabat-sahabat saya diluar sana tu faham mengenai RESPECT @ HORMAT ? 


Respect is a feeling of deep admiration for someone or something elicited by their abilities, qualities, or achievements . Atau pun rasa kekaguman yang mendalam terhadap seseorang atau sesuatu yang dibangkitkan oleh kebolehan, kualiti mereka, atau pencapaian


Susah ke nak respect orang? Kadang-kadang saya tak faham dengan keranah manusia ni. Kerana kuasa mereka hilang respect pada yang tua, yang lebih makan garam daripada diorang. Tak salah nak suruh orang respect kau walaupun kau tu muda tapi bahasa sayang. Bahasa kau memang totally out. Macam mak bapak kau ni tak ajar cara berbudi bahasa. Sedihkan bila mak bapak kau tau n dengar dengan telinga diorang sendiri. Mesti kecewa. Kalau kau berilmu sekali pun, tergolong dalam kalangan manusia bijak pandai tapi kalau kau tak reti respect orang tak guna jugak. Sia-sia je la kau study. Hidup di sini memang banyak mengajar saya. Saya perhatikan setiap tingkah laku manusia kat sini. Dan melalui pemerhatian saya, mereka semua gila kuasa n semakin tak reti respect orang. Fuhhh ok cukup sampai sini je. Nak makan n sambung menelaah. Maklum laaa final dah dekat . Tinggal seminggu je lagi .. Nanti free saya update lagi Bye2 .. Assalamualaikum .With LoVe,SiTi MuniRAh.

P/s: Cheq rasa macam nak makan tomyam je petang ni ..Ngidammmm :3 

Sabtu, 17 Januari 2015

Cemburu


Assalamualaikum,

“ Kenapa dia lebih dari aku? Kenapa dia sentiasa menjadi perhatian? Kenapa dia ada segala-galanya sedangkan aku kurang? Dia cantik, lemah lembut, pandai masak, kira dia calon isteri pilihan. Kenapa hidup dia bertuah sangat? Dia anak orang kaya. So dia boleh pergi Makkah. Buat umrah, haji ngn keluarga dia. Tapi aku? Apa yang aku ada? Aku cuba jadi macam dia. Tiru dia tapi aku tetap gagal. Orang masih sukakan dia. Aku cemburu ngn dia. Cemburu sangat-sangat. Aku nak jadi macam dia. Menarik perhatian. Dia cantik, kulit putih bersih sangat. Aku nak kulit macam dia. Aku buruk, hodoh siapa nak kat aku? Muka gelap, ada parut lagi tu, bintik-bintik hitam banyak pulak. Kalau dari segi ibadah usah dikira la. Dia lebih dari aku. Wanita solehah. Aku ????”
 Pernahkan sesekali benda ni terjadi dalam hidup korang? CEMBURU. Cemburu dengan kelebihan orang lain. Bila benda ni terjadi cuba korang tilik balik kamus hidup korang. Korang teliti betul-betul. Korang selidik ada tak sebelum ni seseorang atau hamba Allah mencemburui kelebihan korang? Mesti adakan?? Pepatah ada menyatakan hidup umpama roda. Dan aku akui itu semua adalah benar. Kalau dulu ada yang mencemburui kelebihan korang sekarang korang pulak kena rasa.  Rasa kesakitan yang mereka rasa. Barulah adil. Kalau orang yang korang cemburukan tu sekarang ni demand nak mampus itu ertinya korang pun dulu demand jugak. Itu kita sebut KIFARAH. See balasan Allah tak perlu tunggu masa korang meninggal pun. Kejap-kejap tu jugak korang dapat. Adil kan Allah?
 OK sekarang ni macam mana nak atasi rasa cemburu ni sebab kalau tak diatasi bahaya tau. Mungkin boleh jadi faktor utama kita kufur pada Allah.
1.      Sentiasa bersyukur. Nak tau nikmat bersyukur ni ?? Sukar digambarkan dengan kata-kata. Tu tadi hang dok cakap yang kulit hang tak cantik kannn, buruk kann?? Cuba pi tengok cermin. Tilik sikit muka tu.
 “Alhamdulillah masih ada mata, hidung telinga, mulut . SubhanAllah cantik sungguh ciptaan-Mu.”  Cuba cakap macam tu tiap kali tengok cermin.. InsyaAllah lawa putih melepak la kulit korang tu. Ni takkk. Tiap kali tengok cermin
 “Ishhhh buruk la kulit aku ni. Jerawat banyak penuh ngn blackhead .. Tak sukanyaaaa !!!”
 Tu yang timbul hasutan syaitan segala bagai gi ubah muka la.. Nak muka macam Nora Danish laaa.. Yang paling teruk gi jumpa bomoh mintak susuk. Nauzubillah .. Astagfirullah Al-Azim. INGAT Allah erk.. Ingat mati tau.
 2.      Sentiasa ingat Allah. Solat jangan lupa. Yang mana masih rompong lagi tu tampal-tampal laa. Kalau dah complete yang wajib tu, lakukan pulak yang sunat. Lazimi mulut tu ngn zikir serta selawat keatas junjungan besar kita. Bukannyaa dok complain sana.. dok complain sini, mengumpat tak tentu pasal, fitnah laaa.. menayakan anak orang laaa. Dok sihir orang kasi hodoh laaa. Yelaaa dah cemburu tak tentu pasal. Mengong itu semua.
 3.      Sentiasa menutup aurat. Ingat erk. Yang ni manusia suka pandang remah terutamanya yang gilerkan perhatian. Ish ish ish … Senang-senang je orang bukan mahram kau tengok aurat kau. Kat FB gi upload gambar tergedik-gedik. Nak dapatkan banyak ‘like’. Cemburu punya pasal. Ehhhh korang tau takkk.. Makin banyak ‘like’ dari lelaki ajnabi, makin kurang la harga diri korang. Haaaa setuju tak ngn hipotesis aku ni? Ohhhh yeee lagi satu. Orang perempuan suka abaikan tentang ni. Aurat antara seorang muslimah dengan seorang perempuan dan lelaki yang bukan beragama Islam. Aurat kita sebagai muslimah dengan mereka ni sama dengan aurat antara muslimah dengan lelaki ajnabi. Ingat tuuu.. Jangan dipandang enteng erk. Kalau nak berubah drastic tu memang susah la kann. Mula slow-slow dulu. Contohnya pakai baju yang longer-longgar, labuhkan tudung dulu.. kemudian pakai handsock.. pakai stocking n lastly berniqab. Berniqab ni bukan kewajipan pun. Cuma siapa nak pakai pakai laa sebab aurat kita seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Bila kita sudah jaga aurat kita datang la godaan mencemburui seseorang yang cantik seksi, kita tidak mudah goyah. Sebab apa ? kita telah berpegang kepada 3 perkara iaitu bersyukur, ingat Allah dan menjaga aurat.
 4.      Seterusnya cemburu dari segi amal ibadat dia.. ermmmm motif korang nak cemburu buat apa ?? Then amal ibadat yang korang buat berlandaskan cemburu tu agak-agak Allah terima tak. Ok Aku teringat satu ceramah ni. Ustaz tu cakap,
 “Amal ibadat orang miskin akan di beri ganjaran dua kali ganda daripada amal ibadat orang kaya sekiranya dia ikhlas melakukannya. Hal ini terjadi semasa zaman Rasulullah S.A.W.  Orang miskin datang menemui Baginda dan menyatakan kebimbangan mereka. Kemudian Baginda menjawab, setiap kali kamu berselawat dan melakukan amal ibadah kamu sambil melakukan pekerjaan percayalah bahawa Allah telah melipat gandakan pahala buat kamu. Contohnya laa kat sini si kaya berselawat sambil duduk di kerusi, rilex-rilex, santai-santai manakala si miskin tu bersusah payah, berpeluh segala bagai berselawat sambil melakukan pekerjaan seperti mengemop lantai, basuh pinggan. Yang mana akan dapat ganjaran pahala berlipat ganda ? Si miskin kan ? Kerana apa ? Kerana melakukan pekerjaan jugak merupakan suatu ibadah.” Haaaa lebih kurang macam tu la si Ustaz tu cakap. Aku pun ingat-ingat lupa. Tapi yang pasti isi buah dia macam tu laaa. Hihihi . So tak payah cemburu erk. Pahala dapat lebih tu. Biar dia ngn dunia dia, kau dengan dunia kau ok. Bersihkan hati .. tak perlu cemburu. Sebab kita sama sahaja di mata Allah S.W.T


With Love,

Siti MuNirah.


Ahad, 28 Disember 2014

Musibah

Assalamualaikum !!!


Hai? Apa kabar? Lama giler aku tak update kannn ?? Berhabuk dahhhh. Giler banyak tu sawang. Boleh ternak sedozen labah-labah. hahaha. Ok sekarang ni aku tengah cuti sem. TApi cuti nak abis dah ..Kemungkinan esok atau tak tau la bila aku balik. Maklumlahhh macam-macam musibah tengah melanda sekarang ni. Ohhh lupa nak habaq. Kita cakap utara sikit naaa.. hahaha. Alhamdulillah ceq ngn kawan-kawan seangkatan dengan ceq dengan jayanya naik ke SEMESTER 2. Saja je besaq kan tulisan tu.. Bangga sikit ..Hihihi ..Walaupun ada yang fail tapi Alhamdulillah berkat doa ngn usaha dari kami semua akhirnya berjaya jugakkk.


Ok bercakap mengenai isu musibah kannn baru-baru ni Malaysia ditimpa musibah. Antaranya adalah banjir besar dan yang terbaru kapal terbang AirAsia dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan daripada menara kawalan. Ermmm bagi aku laaa musibah kali ni paling dahsyat laaa. Dah nak penutup tahun 2014 pun macam-macam hal berlaku. Dulu MH370 hialng ..pastu MH17 pulak terhempas akibat tembakan. Dan sekarang banjir besar dan kehilangan airbus AirAsia. Sungguh teruk banjir kali ni terutamanya di kelantan. KAlau korang tengok gambar-gambar dia..Aku rasa macam kelantan tu tenggelam dh ..macam tak wujud dah ..nampak macam lautan ..Kesian orang-orang kat sana. Harta benda musnah. Bantuan lambat sampai. Macam-macam la lagi dugaan diorangg..Tapi yang pasti mereka kuat dan tabah. KAlau tidak, masakan Allah S.W.T mahu menguji mereka dengan dugaan seberat ini ?? Banjir pun mula merebak dah. boleh katakan 1 Malaysia laaa banjir.. Tapi kebanyakan orang bwt #prayForPAntaiTimur. macam tempat tu je yang banjir. Tempat lain pun sama. Lain kali bwt laaa #prayForMalaysia.. InsyaAllah aman damai laaa Malaysia ni.


Lagi isu kapal terbang hilang. Hmmm pening laaa.. Macam-macam aku pikir. Dunia dah nak kiamat kot ..Tu macam-macam jadi.. Tau dunia nak kiamat tapi masih leka lagi ..Tu pun kira musibah jugak. MUsibah hati ..Musibah pemikiran.. Hati hitammm, kotor dan jijik. Malas nak bersih kannnn ..Hello brader ..klow hati kau sendiri malas nak dibersihkannnnn, kau tunggu je la musibah yang akan melanda. Ohhh bukan takat musibah je ..Bala pun sama.. Ehhh japppp bala ngn musibah tu sama ke? Entah laaaa aku bukan pakar bahasa. Sekarang aku pakar merawat. Cewahhhh baru abis sem 1 dah berangan dahhhh ..sedar laaa wahai Munirah yang comel lagi brutal. Okkkk dah melalut dah aku ..hihihi Apa-apa pun nak selamat dari fitnah akhir zaman ni kannn hafal Surah Al-Kahfi ok. Mula dari 10 ayat yang pertama dan 10 ayat yang terakhir. aku rasa cukup sampai sini kot. Merepek abis. rasa macam dah lari dari tajuk entri kali ni..Okkkk tata semoga berjumpa disyurga wahai pembaca yang setia..hihihi 

Assalamualaikum.


#NotaKaki : Agak-agak kannn KKJ Kuantan extend cuti tak ? Rasa macam malas laaa nak balik ..hihihi ok malas ..dok jauh-jauh.. Aku doakan semoga musibah ini berakhir dengan segera.. Aamiin.


With LoVe,

Siti MUniRAh.

Ahad, 9 November 2014

Terobekkkkk !!

Assalamualaikum.


Setelah sekian lama diri ini menyepi masih adakah yang merindui diri ini ??? Hahhahaha. Kau siapa untuk dirindui ?? Hanya melukut ditepi gantang.. Hanya rumput ditepi padang saja maaa.. HAhahaha yaaa yaaaa aku sedar aku siapa. Sob sob :'(


Hari ni baru je abis exam final sem. Teori lama dah abis. Hari khamis hari tu dan hari ini OSCE. Alhamdulillah aku boleh buat semuanya walaupun tertinggal beberapa step yang penting. Soooo sekarang tunggu result yang ura-ura nye akan keluar 28/11 ni. Doa jelaaa banyak-banyak. Aku dah usaha. Kalau aku fail redha je. Kena ingat apa yang kita usahakan itu yang kita dapat. Allah takkan bagi lebih. KAlau dapat lebih tu kira bonus la. TApi nanti pengakhiran kisah kau pasti akan ada sedih. Yaaaaa kifarah :)


Sedar tak sedar dah nak abis sem dah. Tinggal lagi beberapa minggu je dah nak abis ..Rindu pulak ngn budak-budak ni nanti. Walaupun rasa sakit hati tapi aku sayang. Serius ..Aku mudah jatuh sayang pada diorang. TADi selongkar la laptop ni. LAst-last terjumpa gambar masa orientasi.. Rindu masa tu. Waktu tu ade 67 orang.. tapi sekarang tinggal 64 orang je. 3 orang dah takde dah. agak-agak diorang macam mana erk ?? Sihat ke ?? rindu sangat-sangat.


Ni masa latihan JPAM ..Waktu ni tingal 64 orang je..Sedih kan ??

Time Puan takde ni la kerje kami. Finaly BAwak hanfon senyap-senyap then snap pictures. yolaaa kenangan ..kot-kot ade yang terpisah. But hopefully takde la. 64 akan kekal hingga ke sem 6 .. InsyaAllah ..Aamiin.

time ni kat taman gelora. Kena nyanyi lagu kolej ..semua tengok ..hahaha

Time ni tak kenal sapa-sapa pun. MAin sserbu je ..hahaha

Ni ahli kumpulan aku. Kak ika ngn Mek ..gojes diorang ni tau ..Dua-dua fames. Fames sebab apa biar kami je yang tau . Hahaha

Menara pakai straw ..hahaha pun boleh ..

Muka-muka tenaga pengajar kami.

Muka yang sama laaaa hahaha

aktiviti ni ajar kami agar tidak mementingkan diri. Yupsss teamwork ...

Tak siap lagi ke ??

aku rasa time ni yang lain tido kot ..tu sikit je yang ada dalam gambar. hahaha

Gojessss !!

I believe i can flyyyyyyy ..hahaha

Okk aku rasa cukup sampai sini je ..sebab dah kul 5 ..nak keluar cari makan ..Laparrrrrrr ..HAri ni off diet ..Sob sob .. pada halll heaven tak makan makanan pokdi.. hahahaha  ..ok byeeee Assalamualaikum..


With Love,

Siti MuniRah.